20 February 2016

MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN TAHUN 2016

Tarikh : 17 Februari 2016 (Rabu)
Masa   : 7.40 - 9.00 pagi
Tempat : Dataran Informasi SMK Kem Terendak

Program Remaja Berwawasan ini adalah merupakan hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui program di bawah National Blue Ocean Strategy, atau di dalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program peringkat kebangsaan ini diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
SMK Kem Terendak telah terpilih untuk menyertai program ini bagi tahun 2016 dan 2017 dan akan mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia dari unit 9 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (9 RAMD PARA).






Share:

PROGRAM LADAP BERKUMPULAN SAHABAT PTPTN SEKOLAH DALAM DAERAH ALOR GAJAH

Tarikh : 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa   : 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Bestari SMK Kem Terendak (SMKKT)

Program ini adalah satu program LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) untuk guru-guru dan staf-staf SMKKT yang pertama bagi tahun ini. Untuk LADAP yang pertama ini, tajuk nya adalah Faedah Menabung Bersama SSPN-i plus dan ditaja oleh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Ia menggabungkan 10 buah sekolah kawasan Alor Gajah dan SMKKT bersama SK Gerak Khas, SK Kem Terendak 1 dan SK Kem Terendak 2 sebagai penganjur bersama.  






Share:

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar adalah majlis yang diadakan untuk melantik pelajar-pelajar yang berkelayakan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengawas ICT, Pengawas Asrama Puteri, Pengawas Koperasi, Pengawas Siaraya dan  dan Ketua Tingkatan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah dilantik dan pihak sekolah berharap semua yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.
















Share: