SEJARAH
PEMBUKAAN KEM TERENDAK
SMK KEM TERENDAK terletak
di dalam kawasan tentera iaitu Kem Terendak, di Sungai Udang, Melaka. Nama asal kem ini ialah Fort George . Ia telah dirasmikan oleh Jeneral Sir Francis
Fesling, Komander Angkatan Tentera Timur Jauh pada 17 Jun 1958 .
Dalam satu pertemuan Perdana Menteri Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putera
Al-Haj dengan MV Duncan Sandy, nama kem ini telah ditukar kepada Kem Terendak
bersempena dengan nama bukit yang terdapat di kawasan tersebut.
Kem Terendak
telah dibina pada tahun 1957 oleh Kerajaan Komanwel untuk unit ketenteraan
Briged ke-28 Komenwel dan Unit Penyelidikan Strategik (SEATO). Briged Komenwel terdiri dari satu battalion
tentera British, satu battalion tentera Australia, satu batalion Askar Melayu
(Malaysia), satu kompeni tentera New Zealand dan beberapa unit bantuan tentera
Malaysia.
Mereka berada
di Malaysia
selama 12 tahun iaitu sehingga tahun 1969. Tujuan penempatan mereka ialah untuk membantu
menjaga keamanan Malaysia
daripada ancaman pihak komunis sebaik sahaja Malaysia merdeka pada tahun
1957. Mereka telah membawa bersama
keluarga masing-masing ke dalam kem ini.
Anak-anak mereka juga telah mendapat pendidikan di sini.
SEJARAH SEKOLAH
Dalam tahun 1963, pihak
Komenwel telah mendirikan sebuah sekolah di dalam kem ini yang dinamakan SLIM
SCHOOL. Ia digunakan untuk pendidikan
anak-anak tentera Briged Komenwel dan ditadbirkan oleh kerajaan Komenwel.
Perasmian sekolah telah dilakukan oleh Brigedier Jeneral T.D.H Mc Meekin O.B.E
pada 10 Februari 1965.
Pada tahun 1972, SLIM SCHOOL telah diserahkan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia
dan dinamakan SMK Kem Terendak. Oleh
kerana terletak di dalam kem tentera, ia telah ditadbiran oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia
dan Kementerian Pertahanan Malaysia . Inilah yang membezakan SMK Kem Terendak
dengan sekolah-sekolah lain di Negara ini dan menjadikan ia sangat unik. Contohnya, asrama puteri ditadbirkan oleh
Kementerian Pelajaran manakala Asrama Putra pula ditadbir oleh Kementerian
Pertahanan. Setiap tahun juga, beberapa
infrastruktur telah dibiayai oleh
Kementerian Pertahanan.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Nama : SMK KEM TERENDAK
Alamat : 76200
KEM TERENDAK, Melaka
Tarikh ditubuhkan : 01 Januari 1972
Kod :
MEE0094
Gred : A
JPN :
Jabatan Pelajaran Melaka
Kawasan Parlimen : Tangga Batu
Majlis Perbandaran : Alor Gajah
No. Telefon : 06-3571126
No. Fax : 06-3573775
Laman Web : http://smkkt.mmu.edu.my/
Luas Kawasan : 16 Ekar ( 6.475 Hektar)
Peringkat : Menengah Rendah dan Atas
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
JUMLAH BESAR
SKPM 2013 : 94.8%
SKOR KOMPOSIT :
63.53
GPS
SPM : 4.24
RANKING
SEKOLAH :
807/2275
Dari segi
geopolitik, kem dan sekolah ini terletak di dalam Mukim Sungai Udang, Dewan
Undangan Negeri Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu. Jaraknya ke Sungai Udang ialah 4 km, ke
bandar Masjid Tanah 15 km dan ke bandar Melaka pula ialah 25 km. Lokasinya pula berhampiran dengan pantai yang
indah dan berdekatan pula dengan beberapa pantai pelancongan yang terkenal
seperti Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Padang Kemunting.
Keunikan
sekolah ini ialah pelajar-pelajarnya berbilang kaum dan mewakili penduduk
seluruh negara. Konsep 1 Malaysia yang
diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri sebenarnya telah lama wujud di SMK Kem
Terendak. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai
kaum dan suku kaum Sabah-Sarawak seperti Iban, Kedayan, Kadazan dan Dusun.
Sekolah ini mempunyai dua buah asrama iaitu Asrama Puteri dan Asrama
Putera. Setiap satu asrama boleh
menempatkan 100 penghuni. Kebanyakan
penghuni asrama terdiri daripada anak-anak anggota tentera dan anak bekas
tentera yang berkhidmat di dalam dan luar negeri Melaka.
Reka bentuk
sekolah ini memang berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Ini mungkin disebabkan pembinaannya dibuat
berdasarkan keperluan anak-anak tentera Komanwel (orang Inggeris). Setiap kelas bersaiz sederhana yang hanya
boleh memuatkan 25 - 30 murid sahaja.
Semua kelas , pejabat dan dewannya dilengkapi dengan penghawa dingin berpusat. Pada peringkat awal
penubuhan sekolah ini, dewan sekolah telah digunakan sebagai panggung
wayang.
Namun, setelah
diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , beberapa perubahan telah
dibuat. Kelas-kelas telah diubah-suai
supaya dapat menampung sehingga 40 murid.
Kemudahan penghawa dingin terpaksa dihentikan kerana kos elektrik dan
penyelenggaraan yang tinggi. Bangunan
tambahan dan bangunan baru juga telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang
semakin meningkat.
Semenjak penubuhan SMK Kem Terendak, seramai empat belas
orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Berikut adalah pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini ;
Bil
|
Pengetua
|
Tempoh
|
1
|
Tuan Haji
Mohd Junid Bin Mohd Ali
|
Januari
1972 hingga Disember 1979
|
2
|
Encik Yap
Choon Wah
|
Januari
1980 hingga April 1986
|
3
|
Encik
Othman Bin Rejab
|
April 1986
hingga Disember 1988
|
4
|
Encik
Mahinder Sing
|
Januari
1989 hingga November 1991
|
5
|
Encik
Baharom Bin Mansor
|
November
1991 hingga Nov 1995
|
6
|
Encik Ali
Bin Hj. Amat
|
November
1995 hingga Januari 1998
|
7
|
Encik A.
Hamid Bin Abdul
|
Januari
1998 hingga April 1998
|
8
|
Tuan Haji
Baharom Bin Mansor
|
Mei 1998
hingga Dis 2001
|
9
|
Puan Hajah
Hapsah Binti Ismail
|
Jan 2002
hingga Dis 2006
|
10
|
Encik
Osman Bin Sagap
|
Jan 2006
hingga Mei 2008
|
11
|
Tuan Haji
Shaari Bin Husin
|
Jun 2008
hingga Mei 2009
|
12
|
Puan Hajah
Salamah Binti Hashim
|
Jun 2009
hingga Jan 2011
|
13
|
Tuan Haji
Mohd.Ghazali Bin Ahmad
|
Jan 2011
hingga Feb 2014
|
14
|
Puan
Azimah Binti Ahamad
|
Feb 2014
sehingga 2015
|
15
|
Encik Amran
bin Abdul Sukor
|
Ogos 2015
hingga kini
|
Saya pernah menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kem Terendak dari tahun 1990 hingga 1994. Dan pada masa yang sama, saya merupakan penghuni Asrama Putera Angkatan Tentera (APAT)..
ReplyDeleteAdakah subjek pelajaran Sains Rumah Tangga dipelajari oleh murid2 di sekolah itu?
ReplyDeleteKemahiran hidup bersepadu = 1. ERT (Ekonomi Rumah Tangga)
Delete2. KMT (Kemahiran Manipulatif Tambahan)
Saya pernah menjadi pelajar sekolah ini pada tahun 1985, ketika itu Tingkatan 1.Arwah Abah saya bertugas diunit 3 Rejimen Renjer DiRaja.
ReplyDeleteSaya pernah menjadi murid di sekolah ini pada tahun 1995 - March 1998,dan juga menjadi penghuni asrama puteri.Ini menjadikan salah satu kenangan terindah di zaman persekolahan yang telah saya lalui.
ReplyDeleteSaya pernah tinggal di kem terendak sejak dari kecil dan bersekolah di tadika,srkkt dan smkt sehingga form 3 tahun 1989, saya juga meruoakan seorang pengawas disitu. Sebuah sekolah yang banyak tinggalkan kenangan manis pada saya dan juga punyai pelbagai bangsa dan kaum. Salam sayang dan rindu buat semua guru2, rakan2 dulu dan sekarang❤
ReplyDeleteSy pernah sekolah Disini pada 2001 dn sy Ingin mencari sahabat saya norzuzailia bt zazali hubungi sy 0107763945
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete